Friday, July 31, 2015

Rahsia Seksual Wanita



Meskipun bernafsu untuk seks tetapi tidak ramai wanita yang sanggup meluahkan hasrat tersebut. Sifat malu yang menebal dalam diri wanita menyebabkan mereka mengharapkan suami ‘faham-faham’ sendiri kehendak ini. Namun realitinya, sungguhpun lama hidup berumahtangga suami ataupun kaum lelaki kadangkala masih tidak dapat meneka bila isteri mahukan hubungan seks. Para suami, jangan biarkan ini berlaku, baca artikel di bawah untuk mengetahui bila situasinya isteri menginginkan hubungan seks.
BILA BERJAUHAN DENGAN PASANGAN
Apabila suami meninggalkan isteri berhari-hari untuk ke luar daerah, masa tidur di ranjang bersendirianlah yang akan membangkitkan ghairah isteri untuk berjimak. Ketika ini isteri mungkin akan teringat-ingat waktu dirinya sedang bermesra dengan suami, yang seterusnya akan membuatkan nafsunya untuk seks membuak-buak. Tidak hairanlah bila suami pulang, isteri akan melakukan sesuatu yang akan membawa suami mereka terus ke ranjang.
WAKTU SUBUR
Setiap wanita punya waktu suburnya iaitu hari ke-14 selepas kedatangan haid. Ketika itu waktu subur atau ovulasi, nafsu wanita terhadap seks memang tinggi. Tanpa rangsangan syahwat yang hebat sekalipun isteri akan tetap terangsang untuk seks, malah mungkin ada isteri yang terlebih dahulu memulakan langkah merangsang suami untuk berasmara denganya. Pihak suami tidak perlulah hairan dgn situasi ini atau menganggap isteri ‘buang tebiat’ kerana ini sememangnya sudah menjadi kitaran semulajadi kaum wanita. Apa yang perlu dilakukan cuma mengambil kesempatan terhadap waktu ini.
Foreplay
Apakah wilayah yang penting sebagai pembangkit kehangatan sebelum menikmati hubungan intim?
Dahi – Minta teman anda menghembuskan nafas sehingga terasa kehangatannya. Cium dengan penuh romantis
Leher – Mulakan dengan mencium dagu, kemudian dengan belaian cium leher belakangnya.
Telinga – Usap telinga pasangan anda dengan lidah.
Bibir – Cium perlahan-lahan dan dengan lama.
Mulut – Beri ciuman french kiss yang mengejutkan!

Thursday, July 30, 2015

6 orang yang mendapat doa para malaikat




Allah SWT berfirman,

“Sebenarnya (malaikat-malaikat itu) adalah hamba-hamba yang dimuliakan, mereka tidak mendahului-Nya dengan perkataan dan mereka mengerjakan perintah-perintah-Nya. Allah mengetahui segala sesuatu yang di hadapan mereka dan yang di belakang mereka, dan mereka tidak memberikan syafa’at melainkan kepada orang – orang yang diredhai Allah, dan mereka selalu berhati-hati kerana takut kepada-Nya”*(QS Al Anbiyaa’ 26-28) 


Berikut adalah senarai orang-orang yang mendapat doa oleh para malaikat:

 1. ORANG YANG TIDUR DALAM KEADAAN BERSUCI. 

Imam Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abdullah bin Umar ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa yang tidur dalam keadaan suci, maka malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa ‘Ya Allah, ampunilah hambamu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci‘”*(Hadith ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Sahih At Targhib wat Tarhib I/37) 

2. ORANG YANG MENUNGGU SOLAT. 

Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Tidaklah salah seorang di antara kamu yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali para malaikat akan mendoakannya ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia”* (Sahih Muslim no. 469) 


3. ORANG YANG BERADA DI SAF HADAPAN KETIKA SOLAT. 

Imam Abu Dawud dan Ibnu Khuzaimah dari Barra’ bin ‘Azib ra., bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, “Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada orang-orang yang berada pada saf-saf terhadapan”*(Hadith ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Sahih Sunan Abi Dawud I/130) 


4. ORANG YANG MENYAMBUNG SAF (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf). 

Para Imam iaitu Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Al Hakim meriwayatkan dari Aisyah ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya Allah dan para malaikat selalu berselawat kepada orang-orang yang menyambung saf-saf”*(Hadith ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Sahih At Targhib wat Tarhib I/272) 


5. KETIKA SEORANG IMAM SELESAI MEMBACA AL FATIHAH. 

Imam Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Jika seorang Imam membaca ‘ghairil maghdhuubi ‘alaihim waladh dhaalinn’, maka ucapkanlah oleh kalian ‘aamiin’, kerana barangsiapa ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, maka ia akan diampuni dosanya yang lalu”*(Sahih Bukhari no. 782)


6.  ORANG YANG DUDUK DI TEMPAT SOLATNYA SETELAH MELAKUKAN SOLAT. 

Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah, bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Para malaikat akan selalu berselawat kepada salah satu di antara kalian selama ia ada di tempat solat di mana ia melakukan solat, selama ia belum batal wudhu’nya, (para malaikat) berkata, ‘Ya Allah ampunilah dan sayangilah ia‘”*(Al Musnad no. 8106, Syaikh Ahmad Syakir mensahihkan hadith ini)

Awas!!! Tanda-tanda awal Kanser yang perlu diberi perhatian


Kanser merupakan salah satu penyakit maut dan ditakuti ramai orang. Tetapi sebenarnya kanser boleh ditangani jika dikenalpasti sejak awal. Untuk itu, ada beberapa tanda-tanda kanser yang perlu diberi perhatian dan tidak boleh diabaikan.
Gejala-gejala awal kanser sering diabaikan oleh pesakit kerana dianggap boleh hilang dengan sendirinya. Padahal semakin awal kanser dikesan, maka semakin besar harapan hidup pesakit.
1. Berat badan turun secara tidak dijangka
Ramai wanita ingin sekali menurunkan berat badan tanpa senaman atau diet yang ketat, tetapi ini mungkin berubah menjadi gejala kanser kecuali bukan disebabkan oleh kelenjar tiroid hiperaktif. Oleh kerana itu, penurunan berat badan yang tak dijangka dan tidak sengaja tidak boleh diabaikan.
2. Kembung
Kembung begitu umumnya dirasakan oleh ramai orang, tetapi jika anda sentiasa merasa kembung untuk tempoh masa yang lebih panjang, maka itu adalah sesuatu yang tidak harus diabaikan. Berhati-hati dengan gejala lain seperti sakit gout, masalah kencing, masalah lemah kawalan kencing (ketidakupayaan untuk mengawal pergerakan usus) dan walaupun rasa kenyang tanpa makan banyak. Gejala-gejala ini mungkin menunjukkan tanda-tanda kanser ovari.
3. Perubahan pada payudara
Mereka biasanya mencari ketulan-ketulan, tetapi ini bukan satu-satunya simptom itu. Wanita juga mesti berhati-hati dengan kemerahan dan penebalan kulit payudara. Jika terdapat ruam untuk beberapa minggu ianya memerlukan rawatan perubatan.
4. Pendarahan luar biasa
Jika anda mengalami pendarahan luar biasa antara kitaran haid, maka ia tidak patut terlepas perhatian. Malangnya, banyak wanita pramenopaus cenderung untuk mengabaikan ini. Ini boleh jadi satu gejala kanser uterus, endometrium atau kolorektal. Jika darah muncul dalam air kencing atau najis boleh jadi lebih daripada hanya buasir. Ini boleh menunjukkan kanser kolon, pundi atau buah pinggang.
5. Perubahan kulit
Berhati-hati pada perubahan-perubahan kulit seperti jeragat berlebihan, pendarahan atau pembentukan tahi lalat baru. Ini boleh jadi satu gejala barah kulit.
6. kesulitan menelan
Kesulitan dalam menelan makanan atau tidak selesa selepas menelan makanan, jika terus berlaku selama beberapa hari, maka harus mendapat perhatian doktor. Ini mungkin menunjukkan kanser kerongkong.
7. Perubahan di dalam mulut
Jika anda seorang perokok atau mengambil segala bentuk tembakau, maka anda akan perlu memeriksa setiap tompok putih di lidah dan bahagian dalam mulut. Ini boleh menjadi tanda kanser mulut atau leukoplakia.
8. Sakit berterusan
The American Cancer Society menyatakan bahawa setiap rasa sakit terus-menerus atau sakit di dalam badan perlu diperiksa sebagai gejala kanser, walaupun semua rasa sakit tidak selalu menunjukkan perkembangan kanser.
9.Perubahan dalam kelenjar limfa
Jika terdapat pembesaran kelenjar limfa di leher atau ketiak dan berterusan selama lebih daripada sebulan, adalah perlu untuk menerima rawatan perubatan.
10. Demam dan batuk berpanjangan
Bila demam dan batuk berlaku secara berterusan tetapi bukan disebabkan oleh selesema atau jangkitan lain, maka ia mungkin satu gejala leukemia atau limfoma. Batuk boleh disertakan bersama selsema dan demam, tetapi jika batuk berterusan selama lebih dari 3 minggu, maka ia tidak harus terlepas pandang.
11. perubahan pada buah zakar
Kanser testis lebih lazim pada lelaki dalam kumpulan umur 20 hingga 39 tahun. Pemeriksaan sendiri testis secara tetap perlu dilakukan dan apa-apa perubahan dalam penampilan tidak harus diabaikan. Pembentukan tahi lalat baru. Ini boleh menjadi tanda-tanda kanser kulit.

5 Cara Menjadi Kaya Walau Dengan Makan Gaji

Menjadi kaya dengan makan gaji bukanlah sesuatu yang mustahil apabila kita ada ilmu. Ada antara ikon yang kami, Tim Majalah Niaga temuramah, mereka menjadi jutawan hanya dengan makan gaji. Walaupun begitu, ada caranya selain hanya bergantung dengan gaji sedia ada.
Antara perkara penting untuk dilakukan sebelum menjadi kaya, kita tetapkan apakah maksud kaya pada definisi kita. Contoh, andai menjadi jutawan, maksud jutawan bagi saya adalah mempunyai simpanan RM1 juta dalam akaun Tabung Haji.
5 Cara menjadi kaya walau makan gaji
Dengan adanya matlamat itu, maka akan lebih mudah untuk kita rancang apa yang perlu untuk sampai ke arah matlamat itu. Ramai antara kita yang nak jadi kaya, dan jutawan. Namun mereka tidak tetapkan apakah definisi kaya dan jutawan itu bagi mereka.
Hasilnya sampai bila-bila mereka tidaka akan capai kekayaan dan taraf jutawan. Oleh sebab, mereka tidak tetapkan apakah takrifan kekayaan dan jutawan pada diri mereka.
Justeru, sebelum mengambil keputusan dan berimpian menjadi jutawan, tetapkan matlamat, apakah definisi jutawan pada kita. Sama juga apabila kita tetapkan matlamat nak jadi kaya. Kaya yang bagaimana? Memadai tetapkan satu matlamat utama sahaja supaya kita tidak pening dan boleh fokus pada matlamat itu. Seperti, jutawan pada saya adalah apabila saya ada RM1 juta dalam akaun Tabung Haji.
Dengan menetapkan matlamat, maka mulai sekarang, dalam apa sahaja perancangan, kita akan fokus matlamat itu. Berikut dikongsikan 5 cara menjadi kaya dengan makan gaji.

1. Ada pendapatan pasif

Penulis buku Rich Dad, Poor Dad, Robert T Kiyosaki menyatakan ramai orang kaya di dunia ini mencapai kebebasan kewangan melalui pendapatan pasif. Maksud pendapatan pasif dalam bahasa mudah adalah, duit masuk tanpa kita perlu bekerja untuknya.
Robert T Kiyosaki
Contoh pendapatan pasif adalah membeli rumah, dan menyewakannya kepada orang lain. Kita sebagai pemilik rumah akan dapat sewa pada tiap bulan tanpa kita perlu bekerja untuk perkara itu.
Berbanding pendapatan aktif seperti menjadi seorang pereka grafik. KIta perlu buat rekaan untuk pelanggan. Hanya dengan cara itu, kita akan dapat duit. Pelanggan bayar, kita mulakan kerja dan hantar kepada mereka.
Ia memakan tenaga, wang, masa dan energi. Pendapatan pasif juga boleh ditakrifkan, kerja sekali, untung berkali-kali. Seperti menjual ebook. Penulis ebook hanya perlu buat kerja pada sesuatu masa sahaja iaitu kerja-kerja menulis, terbit dan lancarkan. Namun, mereka akan dapat keuntungan selagi ebook itu ada jualan walau setelah beberapa tahun.

2. Mencari kerja dengan pendapatan tanpa batasan

Majalah Niaga edisi 30 menampilkan Tuan Mahadi BZ sebagai ikon. Beliau adalah antara ikon yang kita boleh ikuti andai mahu bekerja dengan pendapatan tanpa batasan, iaitu sebagai perunding amanah saham (unit trust).
Walau sekarang beliau adalah jutawan amanah saham, beliau tetap bekerja di bawah sebuah syarikat iaitu bank CIMB. Cara beliau yang kita boleh adaptasi adalah kita membina empayar melalui pembinaan tim untuk orang lain sertai sebagai perunding amanah saham.
Contoh lain, kita bekerjasama dengan pemilik bisnes produk A. Kita bina tim yang bantu tingkatkan jualan. Tidak mengapa andai kita perlu berkongsi keuntungan.
Asalkan kita turut dapat membina pendapatan tanpa batasan apabila tim kita dapat buat untung bersih yang tinggi pada tiap bulan.

3. Hidup di bawah kemampuan

“Jangan ikut orang.”
Itu antara syarat ketat untuk menjadi kaya dengan makan gaji. Adakalanya kerana mengikut trend sedia ada, kita jadi pak turut supaya tidak ketinggalan. Contoh, trend graduan beli kereta dengan gaji pertama, kita jadi pak turut untuk mengikuti perkara itu.
Sedangkan kita sedar, kita belum mampu memiliki kereta dengan gaji sedia ada. Tidak mengapa andai menaiki kenderaan awam, itulah perkara yang maksima kita mampu.
Tetapkan matlamat simpan berapa. Antara cara orang kaya adalah mereka simpan dulu, baru belanja. Ia dikongsikan oleh Mekanik Kewangan, Abang Abu.
Pemikiran dan jiwa kita akan berbeza apabila kita ada simpanan wang yang banyak. Bayangkan antara kita ada simpanan RM4 dengan RM4,000, apa perasaan dan pemikiran kita ketika itu?
Pasti berbeza. Justeru, sentiasa muhasabah supaya kita lihat poket sendiri. Fikirkan redha Allah berbanding tanggapan manusia.
“Hanya dengan mengingati Allah, hati akan tenang.” (Surah Ar Raad: 28)

4. Kurangkan perbelanjaan

Berbalik kepada prinsip ‘tengok poket sendiri’. Jangan kerana nak ikut orang dan nak orang tengok kita hebat dan poket lebat, kita buat-buat poket lebat. Penting untuk kita ada integriti (pegangan) yang kita hanya belanja saat perlu bukan mahu.
Warren Buffett
“If you buy things you do not need, soon you will have to sell things you need.” – Warren Buffett
Pernah berlaku? Saat kita rasa kita beli benda yang kita mahu, suatu hari kita sedar ia bukan yang kita perlu. Dan ia hanya menjadi sesuatu barang yang menyemakkan rumah kita dan kita tak guna.
Oleh sebab itu, penting tapis sehingga 3 kali sebelum mahu ambil sesuatu barang yang kita tidak perlu. Banyakkan istighfar supaya kita tidak ikutkan nafsu ketika berbelanja. Insya-Allah didorongkan Allah membeli yang sepatutnya.

5. Berkuli dengan pemilik bisnes

Hampir sama dengan cara ketiga. Dengan berkuli dengan pemilik bisnes, antaranya kita akan dapat pengalaman dan mengetahui selok-belok dalam bisnes itu.
Kita juga akan dapat tahu bagaimana seseorang pemilik bisnes mengetuai timnya dalam membangunkan empayar perniagaan mereka. Walau ketika itu kita mungkin makan gaji, tidak mustahil dengan pengalaman bekerja bersama mereka, kita dapat bangunkan perniagaan sendiri.
Di samping, andai kita lakukan yang terbaik sebagai pekerja walau tukang hantar barang, mereka lihat ada potensi dan suka cara kita bekerja, kita bakal dinaiktaraf menjadi rakan bisnes mereka.
Berkuli dengan makan gaji - angkat guni
Namun jangan berharap. Buktikan kepada mereka melalui tindakan tanpa perkataan. Adakalanya mereka tidak kelihatan seperti memerhati. Namun dalam diam kebiasaannya pemilik bisnes akan mencari pekerja yang boleh dijadikan rakan bisnes.


Insya-Allah apabila dipraktikkan walau hanya satu daripada cara di atas, kita mampu menjadi kaya, mempunyai pendapatan lebih daripada gaji sedia ada. Kerana hakikatnya, kita tidak boleh bergantung kepada gaji semata-mata.

MAKANAN TERBAIK KETIKA DEMAM


Bawang Putih

  • Sebagai antibiotik semulajadi, bawang putih membantu dalam melawan jangkitan. Selain itu, ianya mempunyai beberapa ciri-ciri anti-virus dan juga menghasilkan antioksidan. Untuk memastikan anda mendapat manfaat yang sepatutnya cuba makan mentah.

Kunyit

  • Ia bukan rahsia bahawa kunyit boleh membantu dalam merawat jangkitan virus dan bakteria. Kunyit membuktikan ianya benar-benar membantu jika anda menambah kunyit ke dalam makanan anda apabila anda mempunyai selesema. Anda juga boleh menambah kunyit untuk susu panas untuk membantu melegakan selesema.

Halia

  • Anda boleh menambah halia dan limau untuk air panas dan minum dua kali sehari untuk mendapatkan jika mengalami sejuk badan.

Madu

  • Madu mentah mempunyai beberapa polifenol antibakteria dan antivirus yang boleh membantu dalam berjuang dengan jangkitan bakteria. Malah, madu bermanfaat jika anda mengalami sakit tekak.

Ikan

  • Ikan seperti tuna, salmon, ikan kembung amat kaya dengan Omega-3 asid lemak, sebatian yang membantu dalam mengurangkan keradangan di dalam badan. Anda akan lebih terdedah kepada selesema dan selesema jika anda mempunyai keradangan kronik.

Tiram

  • Tiram sangat kaya dengan zink, mineral penting yang amat berkesan dalam memerangi selesema biasa.

Anise Seeds

  • Jika anda mengalami masalah batuk dan kesesakan dada, maka anise seeds boleh membantunya. Ianya mempunyai ciri-ciri antibakteria dan menawarkan bantuan dari batuk dan kesesakan dada dalam saluran pernafasan. Apa yang perlu anda lakukan hanya tambahkan anise seeds dihancurkan bersama-sama dengan bawang putih, gula, dan kayu manis dalam air panas dan lakukannya tiga kali sehari.

Beri Biru

  • Menurut kajian baru-baru ini, beri biru mempunyai antioksidan yang paling aktif dalam mana-mana buah-buahan segar. Ianya mengandungi tahap antosianin yang merupakan salah satu antioksidan yang paling kuat. Beri biru membantu dalam meningkatkan imuniti anda dalam menentang sejuk dan selesema.

Sayuran Hijau



  • Sayuran hijau sangat baik untuk kesihatan, sayuran seperti arugula dan kale mempunyai kandungan nutrien yang tinggi. Inia akan membantu melawan sejuk dan selesema.

10 Ungkapan cari masalah





Walau hanya sebaris ayat mampu memusnahkan sebuah hubungan. Bagi kaum lelaki yang selalu dikaitkan dengan 'kurang perasan' berhati hati dalam menutur kata. Terlajak perahu boleh diundur terlajak kata badan binasa!


Kakak/abang awak ni entah apa apa
Jangna sesekali bercakap buruk tentang ahli kekuarga pasangan. Jika tidak buruk padahnya kerana si dia akan berfikir anda mungkin akan berbuat perkara yang sama terhadap dirinya kelak.


Saya tak suka la baju tu
Jika anda keluar bersama jangan sesekali memberi komen negatif mengenai pakaiannya. Biarkan kawan kawan rapat si dia yang mengulas mengenai pakaiannya.

Lain la kalau pakaiannya terdedah atau menampakkan dirinya hodoh, barulah beri komen tapi dengan cara berlapik.



 Tak payah la nak emo
Ketika seorang wanita dalam keadaan emosi dan anda mengungkapkan ayat sedemikian, si dia serta merta akan berasa kecil hati keran anda telah mempersendakannya.



Peramgai awak macam mak awak jugak
Si dia akan salah faham dan memikirkan bahawa anda ingin mengatakan dia sudah tua atau seorang yang tidak 'cool' melainkan ibunya sangat cantik atau 'sporting'


Saya tak ada mood
 Bila anda mengungkapkan ayat begini, si dia akan merasakan bahawa ungkapan itu ada berkaitan dengan dirinya walaupun pada hakikatnya tidak. Si dia mungkin berfikir apa lagi yang boleh menyebablan anda berasa bosan selain daripada dirinya.


I tak cukup bagus untuk you
Bagi orang lelaki merendah diri adalah cara yang menyedihkan dan melemaskan.Jika anda tidak cukup bagus untuk dirinya, adakah dia berasa 'bodoh' kerana memilih anda?


Cuba tengok perempuan tu...
Jangan sesekali merujuk  atau melihat perempuan lain atas alasan apa sekali pun kerana si dia tidak suka.Anda perlu menempuh kehidupan ini seolah olah si dia sahaja wanita paling anda kagumi. Heh..


Teman wanita saya dulu...
Ayat yang paling pantang dan mesti elakkan sama sekali daripada disebut pada teman wanita anda. Jika anda ungkapkannya juga anda akan mendengar ayat ayat seperti "you da tak sayang I lagi", you lebih sayangkan bekas teman wanita you" dan macam macam lagi.


I tak suka dengan kawan kawan you
Perhubungan anda dengan rakan rakan si dia tidak ngam jangan sesuka hati berterus terang memberitahu si dia yang andaa tidak suka dengan rakan rakannya,.


Kalau awak sayang saya, awak akan buat apa yang saya suruh
Apa maksud ' kalau dia sayangkan aku '. Kalau dia tidak melakukan apa yang disuruh, ini bermakna dia tak sayang la? Wanita nampak lembut tapi tak dungu ok!
Jika ingin meminta tolong, katakan terus terang. Menggunakan ungkapan sebegini untuk kepentingan sendiri dan membuat teman wanita anda berada dalam serba salah, adalah satu perkara yang menyedihkan.

Wednesday, July 29, 2015

Kisah Benar!! Cerita Orang Yang Tinggal Solat Berpuluh Tahun




Assalamualaikum. kali ni nak cerita berkenaan dengan orang-orang yang hampir lansung tak pernah solat tapi akhirnya apa yang terjadi?
Suatu ketika dulu semasa masih belajar di kolej pernah seorang ustazah menceritakan tentang apa yang beliau sendiri alami apabila terjumpa dengan seorang yang agak berumur di sebuah masjid. selepas solat asar berjemaah, kelihatan makcik tersebut solat empat rakaat sebanyak dua kali. lalu ustazah tertanya-tanya di dalam hatinya kenapa makcik tersebut solat sebegitu sedangkan solat sunat adalah haram selepas solat asar dan empat rakaat pula.
lalu setelah makcik itu selesai mengerjakan solat empat rakaat sebanyak dua kali ustazah pergi bersalam dengan makcik tersebut. dan bertanya solat apa yang makcik buat selepas solat asar? lalu dengan nada sedih makcik itu menceritakan bahawa sebenarnya beliau menunaikan solat asar qada’.
“qada? kenapa sampai dua kali?”
“sebenarnya masa makcik muda dulu, makcik tak pernah solat pun. bila dah tua baru makcik sedar dah menyesal sebab tak pernah mendirikan solat sejak dulu. jadi sekarang, selepas setiap waktu solat makcik cuba untuk qada sebanyak yang makcik mampu untuk gantikan segala solat yang pernah makcik tinggal sejak dulu. harapnya makcik sempat gantikan segala solat yang pernah makcik tinggalkan, kalaulah Allah panjangkan umur makcik untuk gantikan semua solat.”
Begitulah cerita ustazah kat kolej dulu. tetapi sebulan yang lepas sorang rakan eric yang sedikit tua duduk disebelah eric ketika sedang membuka kasut untuk mengambil wuduk sebelum menunaikan solat. lalu di ceritakan kepada eric.
“aku dulu masa sekolah rendah aku solat, tapi sejak masuk sekolah menengah aku tak pernah solat. hinggalah umur aku dua puluh lebih dan bila nak kahwin baru aku mula rasa menyesal dan sedar setiap solat yang aku tinggal aku wajib gantikan balik.”
tambahnya lagi
“sebab tu kalau kau tengok lepas solat aku stay dulu untuk ganti balik solat yang dah aku tinggal.”
sekarang umur member eric ni hampir 40 tahun. tapi alhamdulillah dia sedar awal lagi dari makcik dalam cerita yang pertama. bukan tu saja, malah dia nampaknya berubah menjadi lebih baik dari rakan-rakan yang lain.
dua cerita yang lebih kurang sama, mujurlah Allah memberi mereka hidayah sebelum datangnya ajal. kita pula bagaimana, kalaupun kita tak pernah tinggal solat lima waktu adakah ianya cukup? tidak..
tanyalah diri kita sendiri, adakah amalan kita selama ini mencukupi? adakah kita membaca al-quran dan mengamalkan makna didalamnya? adakah kita melakukan amalan sunah yang dilakukan rasulullah contohnya solat sunat, dhuha, tahajjud, witir dan sebagainya.
pada tahun lepas selepas solat asar aku mendengar tazkirah asar berkenaan dengan solat sunat witir. dan yang paling memberi kesan salah satu hadis sabda rasulullah yang pengakhirannya berbunyi orang yang tidak mengamalkan amalan sunnah ini adalah bukan dari kalangan ku…

Ingat!! Jangan Lakukan 24 Perkara Ini Dalam Hidup Anda


Islam banyak mengajar kita erti kehidupan yan sebenar. Banyak perkara yang wajib di lakukan, harus di lakukan malah ahram di lakukan. Semua suruhan itu, pasti ada hikmah di sebaliknya.Di bawah ini terdapat 24 perkara-perkara yang jangan dilakukan :

Ingat!! Jangan Lakukan 24 Perkara Ini Dalam Hidup Anda



  1. Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan in tidak disukai oleh ALLAH s.w.t.
  2. Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki(selipar).Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita.
  3. Jangan makan dan minum dalam bekas yg. pecah @ sumbing. Makruh kerana ianya merbahayakan.
  4. Jangan biarkan pinggan magkuk yg. telah digunakan tidak berbasuh.Makruh dan mewarisi kepapaan
  5. Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat)
  6. Jangan makan tanpa membaca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan.Nanti makanan yg. dimakan adalah dari muntah syaitan.
  7. Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan @ kebaikan.Takut-takut mati dalam perjalanan.
  8. Jangan pakai kasut atau selipar yg. berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
  9. Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
  10. Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.
  11. Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh dating bila-bila masa.
  12. Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibubapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
  13. Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak siratulrahim.
  14. Jangan lupa bergantung harap hanya kepada ALLAH s.w.t dalam setiap kerja kita. Nanti sombong bila berjaya dan kecewa pula bila gagal.
  15. Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
  16. Jangan banyak ketawa nanti mati jiwa.
  17. Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih sayang org.kepada kita.
  18. Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yg.teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH s.w.t.
  19. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan kekal selamanya. Carilah kehidupan dunia untuk akhirat.
  20. Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana disitulah tempat tinggal jin kafir dan syaitan.
  21. Jangan merokok dan memasang kemenyan kerana asap itu adalah makan jin.
  22. Jangan lupa membaca BISMILLAHIRRAHMANNIRAHAIM dan salam ketika masuk kerumah dikhuatiri jin dan syaitan masuk bersama.
  23. Jangan memakai tangkal kerana ALLAH s.w.t tidak sempurnakan agama seseorang itu jika memakai tangkal ini adalah kerana dikhuatiri kita bergantung kepada tangkal bukan kepadaNYA.
  24. Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata jangan sebab semuanya untuk kebaikan dan sesungguhnya ALLAH s.w.t itu lebih mengetahui.Yang baik itu adalah dari ALLAH s.w.t dan yg.buruk itu dari hambanya juga.