Thursday, July 30, 2015
10 Ungkapan cari masalah
Walau hanya sebaris ayat mampu memusnahkan sebuah hubungan. Bagi kaum lelaki yang selalu dikaitkan dengan 'kurang perasan' berhati hati dalam menutur kata. Terlajak perahu boleh diundur terlajak kata badan binasa!
Kakak/abang awak ni entah apa apa
Jangna sesekali bercakap buruk tentang ahli kekuarga pasangan. Jika tidak buruk padahnya kerana si dia akan berfikir anda mungkin akan berbuat perkara yang sama terhadap dirinya kelak.
Saya tak suka la baju tu
Jika anda keluar bersama jangan sesekali memberi komen negatif mengenai pakaiannya. Biarkan kawan kawan rapat si dia yang mengulas mengenai pakaiannya.
Lain la kalau pakaiannya terdedah atau menampakkan dirinya hodoh, barulah beri komen tapi dengan cara berlapik.
Tak payah la nak emo
Ketika seorang wanita dalam keadaan emosi dan anda mengungkapkan ayat sedemikian, si dia serta merta akan berasa kecil hati keran anda telah mempersendakannya.
Peramgai awak macam mak awak jugak
Si dia akan salah faham dan memikirkan bahawa anda ingin mengatakan dia sudah tua atau seorang yang tidak 'cool' melainkan ibunya sangat cantik atau 'sporting'
Saya tak ada mood
Bila anda mengungkapkan ayat begini, si dia akan merasakan bahawa ungkapan itu ada berkaitan dengan dirinya walaupun pada hakikatnya tidak. Si dia mungkin berfikir apa lagi yang boleh menyebablan anda berasa bosan selain daripada dirinya.
I tak cukup bagus untuk you
Bagi orang lelaki merendah diri adalah cara yang menyedihkan dan melemaskan.Jika anda tidak cukup bagus untuk dirinya, adakah dia berasa 'bodoh' kerana memilih anda?
Cuba tengok perempuan tu...
Jangan sesekali merujuk atau melihat perempuan lain atas alasan apa sekali pun kerana si dia tidak suka.Anda perlu menempuh kehidupan ini seolah olah si dia sahaja wanita paling anda kagumi. Heh..
Teman wanita saya dulu...
Ayat yang paling pantang dan mesti elakkan sama sekali daripada disebut pada teman wanita anda. Jika anda ungkapkannya juga anda akan mendengar ayat ayat seperti "you da tak sayang I lagi", you lebih sayangkan bekas teman wanita you" dan macam macam lagi.
I tak suka dengan kawan kawan you
Perhubungan anda dengan rakan rakan si dia tidak ngam jangan sesuka hati berterus terang memberitahu si dia yang andaa tidak suka dengan rakan rakannya,.
Kalau awak sayang saya, awak akan buat apa yang saya suruh
Apa maksud ' kalau dia sayangkan aku '. Kalau dia tidak melakukan apa yang disuruh, ini bermakna dia tak sayang la? Wanita nampak lembut tapi tak dungu ok!
Jika ingin meminta tolong, katakan terus terang. Menggunakan ungkapan sebegini untuk kepentingan sendiri dan membuat teman wanita anda berada dalam serba salah, adalah satu perkara yang menyedihkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment